Pasta Telur Masin dengan Udang

Pasta Telur Masin dengan Udang

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos telur masin:

  • 2-3 biji cili padi, dihiris nipis

  • 3 tangkai daun kari (lebih kurang 40-50 helai daun)

  • 40g mentega

  • 3 biji bawang merah, dikisar

  • 3 ulas bawang putih, dikisar

  • 7 kuning telur masin, dikukus dan dilenyek

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • ½ sudu teh serbuk pati ayam

  • ¾ sudu teh gula

  • 2 sudu besar keju parmesan, diparut

  • 10 sudu besar minyak masak

  • Garam dan lada hitam secukup rasa


Bahan-bahan untuk pasta:

  • 180-200g spageti (No.5)

  • 1 sudu besar garam

  • 1 tangkai daun kari


Bahan-bahan untuk udang:

  • 6 ekor udang harimau

  • 1 sudu besar tepung ubi

  • ½ cawan tepung beras

  • 1 biji telur

  • 1 sudu teh serbuk cili (cayenne)

  • 1 sudu teh garam

  • 1 sudu teh gula

  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Sos telur masin


  1. Panaskan 8 sudu besar minyak masak dan goreng kuning telur masin yang sudah dilenyek sehingga wangi dan gebu. Asingkan ke dalam mangkuk A sebanyak 70g dan 30g ke dalam mangkuk B untuk pasta. Ketepikannya.

  2. Tambah 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

  3. Seterusnya masukkan mentega dan Krimer Sejat MARIGOLD. Kacau dan masak sehingga pekat.

  4. Masukkan garam, serbuk pati ayam, gula, keju parmesan dan lada hitam secukupnya.

  5. Akhir sekali, campurkan daun kari dan kuning telur masin goreng (Mangkuk A) dan masak sehingga naik bau.


Pasta


  1. Rebus pasta dalam periuk yang mendidih dengan air garam (1 sudu besar garam dengan 1 liter air), mengikut arahan pada bungkusannya.

  2. Toskan pasta.

  3. Panaskan kuning telur masin goreng dalam mangkuk B, daun kari, dan pasta. Kacau sehingga sebati.


Udang


  1. Potong udang secara “butterfly cut” dan buang urat.

  2. Campurkan garam, gula, serbuk cili, tepung ubi dan telur sehingga sebati.

  3. Celup udang ke dalam adunan kemudian salut dengan tepung beras.

  4. Goreng garing udang di dalam minyak panas selama 5 minit.

  5. Sedia untuk dihidangkan.

Tip Chef:

Apabila memasak pasta, nisbah garam dengan air sepatutnya 1:100. Oleh itu, bagi setiap 100g air, tambah 1g garam.

Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 35 minit
Hidangan: 2
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)