Aiskrim Marshmallow dengan Sos Fudge Coklat Oren

Bahan-bahan
Aiskrim Marshmallow
3 cawan aiskrim vanila
18 Marshmallow berwarna pelangi
Sos Fudge Coklat Oren
1 tin Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
2 sudu besar parutan kulit oren
1 cawan mentega
5 sudu besar serbuk koko tanpa gula
¾ cawan gula
2 sudu teh esen vanila
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Aiskrim Marshmallow
Cairkan aiskrim vanila dalam periuk.
Potong marshmallow kecil-kecil.
Gaul rata marshmallow bersama campuran aiskrim.
Bekukan campuran selama 4 jam.
Sos Fudge Coklat Oren
Panaskan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD bersama parutan kulit oren sehingga mendidih.
Masukkan mentega, serbuk koko, gula dan esen vanila dan kacau rata.
Hidang panas-panas bersama aiskrim.
Campuran aiskrim akan menjadi lebih berkrim jika dibiar sejuk semalaman sebelum dibekukan.
