Ayam Masak Lemak Kunyit dengan Nangka Muda

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk pes:
3 biji bawang kecil
20g bawang putih
2sm kunyit segar
30g udang kering
40ml minyak masak
(dikisar)
Bahan-bahan:
2 liter air
Garam secukup rasa
300g nangka muda, dipotong dadu
1 biji cili padi
5 biji cili merah, dibuang biji
40ml minyak masak
1-3 biji cili padi
200g dada/paha ayam, digaul dengan sedikit garam, serbuk lada & 1 sudu teh tepung jagung
1 liter pati ayam
1 cawan air
2 batang serai
1 helai daun limau purut
150g kacang panjang
150ml Krimer Sejat MARIGOLD
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Rebus nangka dalam 2 liter air dan garam, sehingga empuk. Keluarkan nangka dan ketepikan.
Tumis pes, cili padi and cili merah dengan minyak sehingga naik bau. Tambah cili padi jika perlu.
Kemudian masukkan nangka rebus, ayam dan pati ayam. Tambahkan air jika perlu.
Masukkan serai, daun limau purut, kacang panjang dan masak selama 10 minit.
Kemudian masukkan Krimer Sejat MARIGOLD dan kacau sehingga mendidih selama 10 minit.
