Ayam Serai Pedas Dalam 3 Hidangan

Bahan-bahan
200g dada ayam, dipotong dadu
5 sudu besar minyak masak sayuran
1 biji ubi kentang (150g), dipotong dadu
3/4 cawan (180 ml) Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Pes Rempah (inti)
1 biji bawang besar (100g)
3 batang serai (30g), dihiris 4 inci dari bawah
3 biji cili padi (3g)
2 ulas bawang putih (15g)
2 sudu besar urat daun ketumbar, dicincang
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan Perasa
1/4 sudu teh garam laut halus
1/4 sudu teh gula
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
Popia
1/4 cawan (45g) lobak merah, diracik
1/4 cawan (45g) lobak putih, diracik
10 helai kulit popia, dinyahbekukan
2 cawan (500ml) minyak masak sayuran untuk menggoreng
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Satukan bahan rempah dan kisar sehingga menjadi pes halus.
Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan pes rempah dan tumis sehingga pes naik bau dan pecah minyak selama lebih kurang 15 minit.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Masak sehingga kelihatan sedikit keperangan kemudian tambah dengan bahan perasa.
Tambahkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD. Masak pada api yang perlahan tanpa ditutup sehingga kuah menjadi pekat. Kacau berterusan bagi mengelak lapisan bawahnya daripada hangus dan melekat pada kuali.
Tutup api dan ketepikan.
Cedok 1 sudu besar Ayam Serai Pedas ke atas kulit popia. Tambahkan lobak putih dan lobak merah. Gulung padat kemudian lekatkan di hujung gulungan popia tersebut dengan air.
Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya di dalam kuali pada api yang tinggi. Masukkan perlahan-lahan beberapa gulung popia ke dalam kuali. Goreng lebih kurang dalam 3 minit atau sehingga kulit popia bertukar keemasan. Ulang sehingga baki popia selesai.
Sediakan popia dan simpan di bahagian sejukbeku untuk hidangan pada bila-bila masa.
