Bebola Risotto Berempah

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk pes:
2 batang cili merah
1 batang serai
3 ulas bawang putih
20g lengkuas
50g bawang kecil
2 buah pelaga hijau
1 sudu teh biji lada sulah
½ sudu besar jintan putih
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu besar serbuk ketumbar
Minyak masak
3 sudu teh belacan
Bahan-bahan untuk risotto:
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang merah, dicincang halus????
2 biji cili merah, dicincang halus
20g pes kari (yang telah dibuat)
250g beras risotto
50g tomato, dipotong dadu
200ml pati ayam
50ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk goreng:
500g risotto, yang telah dimasak dan disejukkan
100g keju emmendel/mozzarella, dipotong dadu
100g tepung gandum
3 biji telur saiz besar, dipukul
250g serbuk roti
Garam dan lada hitam untuk perencah
Minyak masak
Bahan-bahan untuk sos pencicah:
100g keju Cheddar, disagat
200g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Goreng pelaga hijau, biji lada sulah, jintan putih, serbuk pala dan serbuk ketumbar tanpa minyak.
Masukkan minyak, belacan, cili merah, serai, bawang putih, lengkuas dan bawang kecil dan goreng sehingga naik baunya.
Kemudian kisarkannya dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dalam kuali di atas api sederhana, tumis bawang merah dan cili sehingga naik baunya. Masukkan pes, beras risotto dan tomato. Kacau berterusan di atas api rendah.
Kemudian masukkan pati ayam, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dan garam secukup rasa.
Sapukan minyak atas kertas aluminium. Kemudian letakkan 1 sudu besar risotto diatasnya bersama keju emmendel. Tambahkan dengan sedikit risotto di atas keju dan gulung kertas aluminium menjadi bola. Kemudian keluarkan bebola risotto dari kertas aluminium.
Ulangi langkah ini sehingga kesemua risotto habis.
Sediakan tepung, telur yang dipukul dan serbuk roti di dalam 3 bekas yang berasingan. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada ke dalam telur.
Satu demi satu, rendam dan salut bebola risotto di dalam tepung, kemudian di dalam telur dan seterusnya di dalam serbuk roti sehingga bersalut rata. Ulangi sehingga kesemua bebola risotto habis. Letakkan di dalam peti sejuk selama 60 minit.
Panaskan minyak dan goreng bebola sehingga keemasan. Taburkan sedikit garam dan hidangkan panas.
Masak keju cheddar bersama dengan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD sehingga cair.
