Paha Ayam Panggang dengan Sos Percik Cili Hijau

Paha Ayam Panggang dengan Sos Percik Cili Hijau

Bahan-bahan

  • 500g paha ayam tanpa tulang

  • 2 sudu teh garam

  • 2 sugu teh gula

  • 1 sudu teh serbuk kunyit

  • 2 sudu teh serbuk jintan putih

  • 3 sudu teh lada putih

  • 6 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar

  • 20 biji cili padi kampung hijau

  • 4 biji cili hijau

  • 2 biji buah keras

  • 1 helai daun kunyit

  • 2 keping asam gelugur

  • 6 helai daun limau purut

  • 4 sudu teh puri halia

  • 2 sudu besar puri serai

  • 2 sudu besar gula Melaka

  • 1 cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • ½ cawan air rebusan ayam

  • ¾ cawan air

  • 2 kiub pati ayam

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam bersama garam, gula, serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan lada putih.

  2. Kisar bawang putih, bawang besar, cili padi kampung hijau, cili hijau, buah keras, daun kunyit, asam gelugor dan daun limau purut.

  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisaran sehingga wangi.

  4. Campurkan perapan ayam, pati ayam, puri halia dan puri serai, gula Melaka, Susu Isian Sejat MARIGOLD, air rebusan ayam dan air. Kacau rata dan tutup ayam sehingga ayam ¾ masak.

  5. Keluarkan ayam dan panggang pada suhu180°C selama 20 minit sehingga ia bertukar keperangan dan masak sepenuhnya.

  6. Hidangkan ayam panggang dengan lebihan kuah.

Tip Chef:

Puri halia dan puri serai boleh juga di gantikan dengan halia dan serai segar.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 2
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)