Puding Kastard dengan Sos Betik Limau Kasturi

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk sos betik limau kasturi:
4½ cawan betik segar, dikupas dan dibuang biji
9½ sudu besar gula
1 tin Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
12 sudu teh jus limau kasturi
4 sudu teh biji kaskas
3 sudu teh madu
Bahan-bahan untuk puding kastard:
8 sudu besar tepung kastard
1¼ cawan gula
1 liter Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD
½ cawan air
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Sos betik limau kasturi:
Kisar betik bersama gula dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.
Tapis puri betik bagi mengasingkan ketulan besar (untuk memastikan kelicinan puri betik).
Masukkan jus limau kasturi. Kacau rata.
Tambahkan biji kaskas dan madu. Kacau rata dan ketepikan.
Puding kastard:
Satukan tepung kastard dan gula. Gaul rata.
Campurkan Susu Penuh Krim UHT MARIGOLD dengan air sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Panaskan pada api sederhana sehingga campuran mula likat.
Tutup api.
Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki dan sejukkan dalam peti sejuk.
Apabila tersedia, hidangkan bersama sos betik limau kasturi.
Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus lemon, jika suka.
