Sos Karamel Masin dengan Brownie Coklat

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk brownie coklat
½ cawan gula kastor
½ cawan coklat gelap (dicincang)
1⁄5 cawan mentega tanpa garam
¼ cawan tepung gandum
¼ cawan serbuk koko
1⁄8 cawan coklat susu (dicincang)
2 biji telur
½ sudu teh pati vanila
Bahan-bahan untuk sos karamel masin
1 cawan air
2⁄5 tin Krimer Manis Bervitamin MARIGOLD
¼ cawan krim ‘Heavy”, pada suhu bilik
2 ½ sudu besar mentega tanpa garam, pada suhu bilik dan dipotong kecil
garam secukup rasa
Bahan untuk hiasan
1 genggam kacang walnut (dipanggang dan dicincang)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Brownie
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
Masukkan coklat gelap dan coklat susu ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkannya perlahan-lahan dalam periuk yang diisi dengan yang air direnehkan, pastikan air tidak terkena tapak mangkuk (periuk berlapis).Keluarkan mangkuk dari periuk dan biarkan ia sejuk.
Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk dan kacau sehingga gebu. Masukkan telur dan pukul perlahan-lahan, pukul rata setiap kali telur dimasukkan. Kemudian, masukkan esen vanila.
Curah sedikit demi sedikit coklat cair yang telah sejuk ke dalam adunan dan gaul rata. Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan dan kacau perlahan-lahan. Apabila sebati, letak adunan ke dalam acuan tin (digris/dialas dengan kertas bakar) dan ratakannya.
Bakar acuan dalam ketuhar selama 30 minit sehingga permukaannya terasa pejal disentuh tetapi anjal. Coklat akan masak selama beberapa minit lagi selepas dikeluarkan daripada ketuhar.
Keluarkan acuan dari ketuhar dan biarkan ia di atas rak dawai. Biarkan “brownie” coklat sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Sos karamel masin
Dalam periuk sederhana, panaskan mentega dan Krimer Manis Bervitamin MARIGOLD atas api sederhana, kacau dengan kuat. Ia akan meruap dengan cepat tetapi teruskan mengacau selama 2-3 minit.
Masukkan krim, dan teruskan memukul sehingga gebu selama 3 hingga 4 minit. Kemudian, tambah ¼ cawan air.
Apabila sos mula menjadi pekat, masukkan ¼ cawan air lagi kacau selama 3-4 minit sehingga pekat.
Ulang langkah 3 dengan air selebihnya sehingga sos bertukar warna menjadi coklat gelap.
Keluarkan dari atas api, masukkan garam secukup rasa. Tuang rata atas “brownie”. Hiaskan dengan walnut cincang.
Sos akan menjadi lebih pekat selepas kira-kira 30 minit pada suhu bilik atau apabila disimpan di dalam peti sejuk. Letakkan bekas sos di dalam semangkuk air panas sehingga kepekatan asal dicapai.
