Sos Keju Pedas dalam 3 hidangan

Bahan-bahan
Kentang Hassleback
8 biji ubi kentang (600g)
5 sudu besar minyak zaitun
1/8 sudu teh garam laut halus
1/8 sudu teh lada hitam
Daun chives, untuk hiasan
Sos Keju Pedas
140g (lebih kurang 1 cawan) keju cheddar parut
1 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar sos pedas Sriracha
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 ½ sudu teh serbuk bawang putih
2/3 sudu teh lada sulah
2/3 sudu teh garam laut halus
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Kentang Hasselback
Panaskan ketuhar pada suhu 250°C.
Alas dulang pembakar dengan kertas aluminium.
Letak ubi kentang di antara dua batang kayu penyepit dan hiris setebal 3mm sehingga paras kayu penyepit.
Sapu sedikit minyak zaitun pada hirisan ubi kentang dan perisakan dengan garam laut halus dan lada hitam.
Tutup dulang pembakar dengan kertas aluminium yang lebih besar dan bakar selama 40 minit.
Sos Keju Pedas
Campurkan keju parut dan tepung jagung ke dalam periuk.
Tuangkan sos pedas Sriracha dan
Susu Isian Sejat MARIGOLD.Masak pada suhu yang rendah dan kacau tanpa henti menggunakan pemukul telur selama 5 minit sehingga keju cair, pekat dan menghasilkan krim yang konsisten.
Perisakan dengan serbuk bawang putih dan lada sulah.
Curah sos keju pedas ke atas kentang hasselback dan hiaskan dengan daun chives. Hidang serta merta.
Tambah Susu Isian Sejat MARIGOLD untuk mengurangkan kepekatan sos keju mengikut cita rasa.
