Sos Miso Berkrim Dengan Udang ‘Prosperity’

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk udang ‘Prosperity’
8 ekor udang harimau
1 sudu besar tepung ubi Kayu
½ cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Bahan-bahan untuk sos miso berkrim
½ tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 sudu besar pes miso
1 sudu besar mentega tanpa garam
1 sudu teh tepung gandum
1 sudu teh halia (dicincang)
½ sudu teh biji bijan (dipanggang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiasan
Brokoli (dikukus)
7 tangkai daun parsli
1 sudu teh kranberi kering (dicincang)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Udang ‘Prosperity’
Potong udang secara “butterfly cut” dan buang urat.
Campurkan tepung ubi kayu, serbuk cili, gula, garam, dan telur sehingga ia sebati.
Celup udang dalam adunan dan salut dengan tepung beras.
Goreng garing udang dalam minyak panas selama 5 minit.
Sos miso berkrim
Cincang bawang putih, halia dan kranberi kering. Ketepikan.
Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan pes miso, tepung, dan biji bijan panggang.
Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, garam dan kacau campuran secara berterusan.
Sedia untuk dihidang bersama udang.
Bersihkan udang sebelum mengupas kulit untuk memelihara rasa manis semula jadinya.
